WELCOME .!



Wednesday, June 20, 2012

A Mystery Letter

              PAIN IS TEMPORARY 
                PRIDE IS FOREVER

Sunday, August 28, 2011

Betapa Getirnya Sebuah Penghijrahan ..

Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan . Seharusnya , seseorang yang ingin membetulkan kesilapan dibantu dan diberikan kekuatan , bukan merobohkan cita-cita yang baru hendak teguh itu .
Teruskanlah niat dan tekad untuk berubah . Jangan fikirkan kata-kata orang kepada kita , tetapi fikirkan apa kata Allah kepada kita .
Carilah teman yang baik agamanya untuk kekal berubah . Teman yang soleh mendorong ke taman syurga , sementara teman yang fasiq menjerumuskan ke gaung neraka . Teman yang baik akan membantu , manakala teman yang buruk menambahkan buntu .  Jadikanlah orang-orang soleh itu sebagai teman paling akrab yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada kebaikan dan menegur kita andai melakukan kesilapan . Mereka jugalah yang sekali gus akan berperanan dalam menetapkan hati kita di jalan kebenaran .
Kita juga haruslah yakin pada diri kita mampu menjadi seorang hamba Allah yang baik . Seseorang yang bertakwa akan memelihara hak-hak Allah , dan Allah jualah yang akan mempertahankan kemuliaan dan hak dirinya kelak .
Jika ingin berubah , berusahalah dalami ilmu agama . Ilmu agama adalah tunjang dalam kehidupan Muslim . Agama mengajar kita menjadi individu yang baik dan berperibadi cemerlang . 
Doa adalah senjata orang Mukmin . Berdoalah kepada Allah untuk terus diberikan kekuatan agar cekal berubah kepada kebaikan . Mohonlah kepada Allah supaya perubahan yang dilakukan itu kekal sehingga ke akhir hayat .
Perubahan kita ke arah kebaikan kelak akan disenangi oleh mereka di sekeliling kita , malahan makhluk di langit juga . Bersangka baiklah kepada Allah , nescaya Allah akan mengurniakan kebaikan kepada kita . Insyaallah ..

Bimbinglah Aku


Ya Allah , bimbinglah hamba-Mu ke jalan yang lurus
      Manusia secara dasarnya dibekalkan dengan dorongan untuk mencari perkara yang diperlukan . Namun melalui naluri semata-mata tidak membolehkan manusia mencapai sesuatu yang tidak mampu dilihatnya . Justeru manusia memerlukan bimbingan Allah , agar tidak tersilap lantaran terlalu bergantung pada akal dan naluri semata-mata .
      Sentiasalah berdoa agar dapat mengharungi kehidupan seharian dengan harta dan rezeki yang diusahakan dari sumber yang halal , ilmu yang dicari secara ikhlas , kesihatan yang dijaga sebaiknya , dan lain-lain . Semuanya menyumbang dalam bentuk sebuah pakej yang sempurna ke arah kesempurnaan perjalanan dan melancarkannya .

Cantik Dipandang Mata


Surah al-Araf ayat 26
''Wahai anak Adam ! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) menutup aurat kamu , dan pakaian perhiasan , dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya . Yang demikian itu , adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah dan (rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya dan bersyukur. ''
Terutama pada wanita . Wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri .
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku .

Doa Dipohon Ada Waktunya


Waktu-waktu yang dianjurkan berdoa :
Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh .
Selepas setiap solat fardu lima waktu .
 Antara solat zuhur , asar dan maghrib .
 Antara azan , iqamat dan selepasnya .
 Ketika bangun tidur .
 Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam .
 Ketika hendak masuk dan keluar masjid .
 Antara takbir solat hari raya .
 Dalam khutbah Jumaat , khutbah hari raya dan khutbah nikah .
 Ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi .
 Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting .
 Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain .
 Tipa-tiap kali mengadakan upacara dan majlis yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran .
 Ketika ditimpa kesulitan , gundah-gulana dan rasa gelisah .
 Ketika berjumpa sanak saudara dan sahabt handai yang lama berpisah .
 Ketika hujan turun .
 Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya .
 Sepanjang malam , terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur .
 Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk .
 Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir .

Dunia vs Akhirat


Surah Hud ayat 61
''Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi , serta menghendaki kamu memakmurkannya .''
Islam menitikberatkan persoalan akhirat dan akhirat adalah tempat yang paling utama dalam meraih keredaan Allah s.w.t.
Dunialah menjadi tempat kita menyuburkan segala modal dan menggandakan usaha agar meraih keuntungan besar diakhirat kelak .
Para ulama menyebutkan ''Dunia itu ialah tempat bercucuk tanam bagi syurga untuk mendapat hasil diakhirat. ''
Zuhud yang sebenar adalah dengan mengimarahkan dunia , namun tidaklah sampai ke tahap dunia menguasai kita .

Kesucian Hati


Biar sedikit yang kita buat tetapi ikhlas , daripada banyak yang kita buat tetapi kesah .
''Janganlah kamu prihatin kepada amalan yang sedikit , tetapi yang harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah . ''
Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan dan tidak menyebarkan amalan kebaikannya sebagaimana dia suka menyimpan keaibannya .