WELCOME .!



Sunday, August 28, 2011

Lindungilah Dan Peliharalah Mutiara


Surah al-An'am ayat 162
''Katakanlah , sesungguhnya solatku , ibadatku , hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam''


Setiap amalan yang disulami dengan keikhlasan akan membuatkan jiwa pengamalnya menjadi tenang , tenteram serta hatinya tidak terkesan dengan pujian dan cacian manusia .
Tanpa keikhlasan , ibadah yang dilakukan seseorang itu hanya diibaratkan debu-debu yang berterbangan yang tidak memiliki erti sedikitpun di sisi Allah s.w.t. sungguhpun ibadatnya mencapai ribuan tahun .


''Ya Allah , jadikanlah agama kami agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam kami sebagaimana Islam Muslimin , iman kami sebagaimana iman Mukmin , solat kami sebagaimana solat orang yang khusyuk , amalan kami sebagaimana amalan orang yang soleh , niat kami sebagaimana niat orang yang ikhlas . Terimalah amalan kami Ya Allah ''

Percubaan Pertama



Ala...belum try apa... mesti la belum tau ,, so ,, try la .


Percubaan petama adalah satu perkara yang  menjurus ke arah kebaikan dan bakal menikmati kesan baik yang berpanjangan .


Satu kebodohan yang cukup besar untuk seorang manusia apabila dia mengulangi kesilapan orang lain yang boleh dipelajarinya .


Sebelum mencuba , fikirkan apa kesan percubaan pertama tersebut kepada minda , emosi , fizikal dan spiritual kita .

Syurga Itu Ada ..





Biar kalah , jangan salah , Percayalah , kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah .


Beringat-ingatlah , sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia , akan masuk ke neraka dalam keadaan menangis ..


Sudah lumrah dunia , huluran tangan yang ikhlas dan lembut kadang-kadang dikilas dalam diam dan dendam . Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati yang paling tajam .


Jangan kau gusar , kekalkan kejujuranmu walaupun terpaksa terkorban . Asalkan sahaja kejujuran itu diiringi satu kebijaksanaan .


Disana ada akhirat , segala topeng kepura-puraan yang selama di dunia bertakhta akan terhenyak dan mendapat pembalasan .


Apabila kecewa dengan manusia , orang ''lari'' kepada Allah  
Apabila tidak dapat meraih dunia , orang mula merindui akhirat 
Apabila terlepas kenikmatan nafsu , baru ada yang merintih syurga itu ada .


Jangan terperangkap oleh ateis dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ''mencipta'' Tuhan demi ketenangan . Manusia tidak mencipta Tuhan demi ketenangan , tetapi Tuhan mencipta manusia untuk mengingati-Nya kerana di situ ada ketenangan .


Selesaikanlah urusan kita dengan Allah , barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia . Dan sesiapa memburu akhirat , dunia akan melutut di kakinya !

Tanda Kasih-Nya


Marilah bersama kita bersyukur pada-Nya . Lengkapkan tanda kasih dengan menguatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang .Segalanya yang kita miliki dan perolehi adalah tanda kasih Allah s.w.t. kepada makhluknya yang bernama manusia walaupun seringkali manusia itu melupakan kasih-Nya .Perlu difahami bahawa setiap apa yang ada tidak dijadikan sia-sia oleh Allah s.w.t. Semua dan segalanya dinikmati oleh kita yang bernama manusia . Demi Allah , kesemuanya juga adalah percuma .Bersujudlah kepada-Nya , zahir dan batin , atas cinta dan belas kasihan sayang-Nya kepada kita yang lemah kerdil dan miskin tak berdaya ini .

Umat Akhir Zaman


Ketahuilah , keseronokan hanya di pentas dunia , sedangkan kita ingin mendakap bahagia di sana .
Bangunlah dari mimpi dan bukalah mata hati , pastikan atma kita tidak terbuai dengan ulitan tipu daya dunia yang mempersona .
Anak-anak kecil atau dewasa , tepuk-tepuklah bahu dan dada mereka . Kita ajaklah semua yang ada agar duduk kembali mengingati Allah .
Sedarlah bahawa kita umat akhir zaman .
Ujian dan cabaran bagi sesiapa yang hidup di zaman ini bukan mudah . Rasa seperti memijak duri-duri di dalam belukar , seperti bergelumang dengan lumpur yang melikat , seperti mengharung samudera yang meribut menggulung . Getir!Payah!
Menyedari hakikat itu , kita memerlukan generasi yang utuh , jitu dan perkasa . Yang bukan sekadar punya intelektual  , malah berketerampilan diri , luhur akhlaknya , tetap dan istiqamah amalannya .
Mengajak seluruh generasi yang bertauhidkan Allah agar kembali menyatu dalam satu matlamat , iaitu menegakkan khilafah . Ia sebuah warisan terbesar yang hilang dari genggaman umat Islam . Atas nawaitu itu , fahamilah bicara ringkas ini . Agar ia menjadi takafur dan doa buat ummah .
Tanpa khilafah bererti sinar rahmat yang memayungi alam akan pudar diliputi kabut kekufuran .

Usia Bukan Penghalang


Surah Ali Imran ayat 178
''Janganlah sekali-kali orang kafir itu menyangka bahawa penangguhan Kami kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan ''
Orang yang kafir itu dilapang dan dimurahkan rezeki , kesihatan dan umur yang panjang , Namun segala kurniaan Allah kepada mereka bahkan hanya akan menambah buruk nasib mereka kelak . Dosa-dosa mereka akan sentiasa bertambah dengan kurniaan itu yang akhirnya akan menyebabkan kesengsaraan kepada mereka baik di dunia mahupun akhirat .
Oleh sebab itu , ramai para ulama tidak mahu jika didoakan panjang umurnya oleh orang lain . Sebaliknya doakan agar Allah panjangkan usianya dalama ketaatan kepada-Nya . Kerana umur yang panjang adakalanya merugikan seseorang jika hidupnya hanya dihabiskan dengan perbuatan dosa dan maksiat .
Yang penting bagi kita adalah tetap beramal soleh dan sentiasa bertaubat daripada segala dosa yang kita lakukan . Sehingga ketika saat ajal kita tiba , kita sudah bersedia dengan bekal yang cukup untuk mengharungi perjalanan panjang menuju Allah .
Allah sentiasa mengawasi kita dan malaikat-Nya sentiasa mencatat setiap perbuatan kita tanpa gagal . Alangkah ruginya kita jika , apabila tidak mengambil pengajaran daripada berbagai kejadian yang terjadi di masa lampau .
Maka sayangilah diri sendiri dengan mengumpul sebanyak-banyak kebaikan , menjaga waktu dan darjat yang tinggi selagi ada usia .
Bertekadlah untuk mengisi hari-hari yang mendatang dengan berbagai-bagai amal soleh . Jagalah ibadah wajib , banyakkan ibadah sunat , sentiasalah mengingati Allah , tinggalkanlah dosa dan maksiat , lakukan kebaikan dan bertawakallah kepada Allah dalam setiap urusan . Insyaallah , hidup kita akan sentiasa dalam keredaan-Nya .

Sunday, August 21, 2011

Bercinta Dengan Ikhlas

Kita diwajibkan mempunya perasaan cinta dengan ilmu , kita diwaijbkan into dengan ilmu , kita diwajibkan bercinta dengan ilmu . Tidak boleh tidak , kita diwajibkan menerima jodoh dengan ilmu .




Apabila kita berkumpul dan berbicara tentang cinta , pasti kita akan mendengar dengan penuh minat . Bukan kerana kita sedang bercinta dengan seseorang , tetapi perasaan itu memang ada di setiap hati insan . Tinggal lagi belum diluahkan kepada sesiapa .


CINTA SUCI YANG TULUS
'' Ilmu apa yang perlu kita terima cintanya ? Misal kata suatu hari nanti kita di takdirkan bercinta dengan seseorang . Satu pertanyaan , dari ciri apakah yang kita jatuh minat pada seseorang itu ? Rupa parasnya ? Harta kekayaannya ? Keturunannya ? Atau kebaikan dan agamanya ? ''
'' Sudah tentu jawapan yang mengikut cinta Islam iaitu kebaikan dan agamanya kerana dengan kebaikan dan agamanya itu akan membawa hidup kita lebih tenteram dam selesa . ''

DARJAT CINTA IKHLAS
'' Bercinta dengan ilmu mestilah berterusan . Usah berhenti setakat yang ada . Selagi hayat masih ada , selagi itu kasih kita berpanjangan . Kerana dengan ilmu , dengan sendirinya kita dapat melakukan ibadah yang betul sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke alam akhirat kelak .''
'' Percayalah Allah s.w.t. mengangkat darjat orang yang berilmu lebih tinggi berbanding orang yang melakukan banyak ibadah tanpa ilmu . '' 

MANFAATKAN CINTA
'' Ambil sebanyak peluang yang ada untuk bercinta dengan penuh keikhlasan agar semua ilmu yang dituntut dapat memberikan manfaat dalam kehidupan seharian kita . Usah kita sia-siakannya . ''