WELCOME .!



Saturday, July 9, 2011

Bilakah Perlu Bersabar ?

Jika ditanya bila kita perlu bersabar , maka fahamilah dahulu pembahagian sabar  ;
.. Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepadanya
.. Sabar dalam meninggalkan larangan-Nya
.. Sabar menerima ujian atau musibah daripada-Nya

Pengemis Cinta ♥

Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah


Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu


Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan


Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu


Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi

Dahsyatnya Kiamat Dan Janji Neraka

Surah Al-Ghasyiah
Ayat 1 - 7


Beginilah Hari Kiamat
1- Sudahkah sampai kepadamu perihal hari kiamat yang dipenuhi suasana huru hara
2 - Muka orang kafir pada hari itu tunduk kerana berasa hina
3 - Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah


Seksaan Di Neraka
4 - Mereka tetap menderita bakaran mereka yang amat panas membakar
5 - Mereka diberi minum daripd sumber air yang menggelegak panasnya
6 - Tiada makanan bagi mereka di situ selain daripada pokok-pokok yang berduri
7 - Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun
..Seksaan di neraka itu dilipatgandakan lagi dengan air mendidih yang sangat panas . Jika setitis daripadanya jatuh ke bumi , maka cairlah dunia kesuluruhannya
..Ahli neraka akan memohon makan tetapi alangkah hampanya mereka apabila hanya makan berbau busuk yang disediakan untuk mereka

Kaedah Mendekatkan Jodoh ♥

Jika ingin dicintai oleh manusia , pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah . Kasihilah apa yang ada dimuka bumi ini , nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit .
` Buka hati dan minda untuk menerima cinta
` Memberi pandangan makrifat
` Fokus dan tulus pada bakal pasangan
` Jangan lewat menyatakan hasrat di hati
` Berkomunikasi dengan bersemangat dan mesra
` Beri tumpuan pada persamaan dan perkara yang disukai pasangan
` Pandai dan seronok didampingi
` Mudah menceritakan hal peribadi
` Melayani bakal pasangan dengan mesra
` Memberi kasih sayang untuk menarik kasih sayang orang lain
` Jangan terlalu jual mahal

My Honey ♥

Kainlah batik berbaju batik ,
Batik datang darilah jawa ,
Adiklah cantik abang pun cantik ,
Bagai pinang dibelah dua ..


Dalamlah gelap durian gugur ,
Dikumpul dapat berpikul-pikul ,
Kalau tersilap boleh ditegur ,
Janganlah pula dipukul-pukul..


SURPRISE  !!!

Singkirkan Kegelisahan

jika engkau berada di waktu pagi ,
janganlah menunggu datangnya watu petang ..
jika engkau berada di waktu petang ,
janganlah menunggu datangnya waktu pagi ..
Ertinya ; Hiduplah dalm batasan hari ini sahaja . Jangan mengingat-ingat masa lalu dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang .

masa lalu biarlah berlalu ,
dan harapan belum menjadi kenyataan ,
maka manfaatkanlah waktu ,
saat kau sedang jalankan ..
Ertinya ; Menyibukkan diri dengan masa lalu , mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu , adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila yang tiada bermanfaat .

 Pepatah Cina ada menyebutkan ''Janganlah anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya '' .
Ertinya ; Jangan anda mengambarkan suatu peristiwa , termasuk keburukan dan bencana yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya .