WELCOME .!



Monday, January 31, 2011

Terima Kasih Sayang..♥

terima kasih sayang.....
kerna memberi aku kegembiraan......
kerna menjadikan aku terasa berada diawangan.....
meniti hari-hari yang terlalu panjang....
hingga luka ku terpendam.....
hingga sakitku berkurang.....

saat jari jemari ini kau sentuh....
terasa bahgianya aku......
disayangi dan dihargai.....
aku insan yang ketandusan kasih sayang.....
disirami pula dengan semerbak haruman kasihmu....
menjadikan aku terlalu sayang....

terima kasih sayang....
menerima aku seadanya.....
biarpun kita tahu hakikat realitinya....
kau masih sudi menumpangkan aku kasihmu....
aku terlalu menghargainya.....
ia terlalu bermakna untukku.....
biarpun hanya seketika.....
cukuplah sekadar bekal untuk ku meneruskan impian.....

saat pipi ini kau kucup....
terasa bagai airmata berlinang.....
namun ku tahan ia agar tidak tumpah ke pipi....
benarkah kasihmu itu untukku....
hanya termampu ku luahkan....
aku sayang padamu.....

terima kasih sayangggg.....

Bantulah Aku..

Ya Allah ya tuhanku, 
bantulah hambamu ini..
Sesungguhnya aku dalam kesusahan..
Hatiku resah gelisah.
Begitu banyak 
dugaan yang aku tempuhi.
Ya Allah,
 dikala ini aku benar2 dalam kesedihan
.Ingin saja aku menangis.
Namun air mata tak dapat dititiskan.
Ingin saja aku berteriak..Meratap.
Ya Allah bantulah aku..
Hilangkan lah segala kerunsingan ini..
Jauhkanlah segala masalah yang menimpa ku ini.
Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya..
Aku tak mampu..Aku benar2 rasakan bahawa dikala ini ku insan yang lemah.
Aku tak sekuat seperti yang aku cuba lakukan selama ini.
Ya Allah
 permudahkanlah segala urusanku.
Aku benar2 kebuntuan.
Bantulah aku Ya Allah......

Sunday, January 30, 2011

Izinkan Aku Mencintaimu..♥


Kupandang birunya laut…
Awan yang berselimut kabut…
Kurenungkan wajahku yang berkalut…
Hanya dirimu buat ku terpaut…
Kugapai tanganmu…
Hangatkan jiwaku…
Kupandang wajahmu…
Kau palingkan pandanganmu padaku…
Rasa sayang ku begitu dalam…
Bahkan teramat dalam…

Aku Tetap Cinta.♥


Satu kisah cinta
Aku dengan dia
Terpaut usia antara kita berdua
Asmara hanya Impian
Suka duka kita
Aku tak kan Lupa
Segala yang ada hanya Untuk dirimu
Yang termanis dan tercipta
Entah kelak…
Daku tetap menanti
Walau kuharus sendiri dalam sepi
Daku masih mengharap dirimu
Aku tetap mencintaimu…

Kau Di Hatiku..♥


Untaian kata mesra
Dan seribu puisi cinta yang kupunya
Tak mampu menyaingi indah wajahmu
Kau adalah keindahan
Yang menghiasi duniaku
Memandangmu…
Aku berharap waktu berhenti
Menyentuhmu…
Seperti menyentuh sesuatu yang rapuh tapi sangat berharga
Kau adalah jejak
Yang iringi langkahku
Kau adalah detak
Yang iringi jantungku
Kau adalah air mata
Yang iringi tangisku
Kau ada di hatiku

0h lelaki. ♥

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Monday, January 24, 2011

Setia Menanti..♥

Aku berdiri disini menanti dirimu
kau yang begitu jauh dariku 
membuat kan ku sentiasa memikirkanmu
bayanganmu sentiasa hadir menemani dririku
kerianganmu sentiasa bermain difikiranku


Kasih..
jangan biarkan aku sendiri
jangan biarkan aku diulit resah yang sentiasa memikirkanmu
yang senantiasa merinduimu
Kasih..
aku dalam sendiri tiada tempat untuk mengadu
tiada tempatku meluahkan  kasih
dalam hujan ku menanti membasahi tubuhku yang lesu
namun hanya bayangan yang sentiasa hadir
Kasih..
jadikan aku permaisurimu
jadikan aku sebahagian daripada hidupmu
katakanlah pada semua bahawa aku adalah milikmu dan juga hidupmu
Kasih..
dengarlah rintihan hati ini
dengarlah setiap erti kata-kata ini
ianya tulus dari hati bukan dari bibir
yang sentiasa berada dalam dada ini


Hari yang sentiasa bertukar ganti membuatkan hatiku berdebar
aku menghitung hari-hari yang ku lalui
untuk menemui mu kasih..

Thursday, January 20, 2011

Jodoh Kuu..♥


Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ; 

1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 
2. Senang atau selesa bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 
3. Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 
4. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 
5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
 6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 
7. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 
9. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 
10. Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
 Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Wednesday, January 19, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku...



     BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
Ya Allah Ya Tuhanku,,
kau ampunilah segala d0sa-d0saku
kau panjangkanlah umurku
kau sihatkanlah badanku
kau kuatkanlah imanku ya allah
kau berikanlah aku kenikmatan di dunia serta di akhirat
kau murahkanlah rezeki ku
kau tunjukkanlah perjalanan yang benar
kau lindungilah diri aku
kau jauhkanlah segala malapetaka,marabahaya,jin-jin,syaitan-syaitan serta siksa api neraka dari aku
kau berikanlah aku semangat untuk menimba ilmu setiap masa,hari serta saat
kau berikanlah aku semangat untuk melakukan perkara yang engkau redhai
kau berikanlah kejayaan kepada aku di dunia serta di akhirat
kau sedarkanlah diri ku jika aku melakukan perkara yang mendatangkan dosa walau sekecil mana pun
kau berikanlah aku kesabaran, ketenangan, ketabahan, ketakwaan, keredhaan untuk menerima dan menghadapi segala cabaran dan dugaan dari mu ya allah
kau kau jodohkanlah aku dengan jodoh yang sempurna dan terbaik bagi ku ya allah
aku mohon ya allah doa ku diperkenankan
sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah
AMIN..

Tuesday, January 18, 2011

Hajat Seorang Kekasih..♥

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami.Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin".

Monday, January 17, 2011

Kekasih..percayalah♥

Aku mempunyai kekasih,
tetapi aku tidak bisa buktikan yang aku cinta padanya,,
Hanya sedikit bukti Iaitu jika dia percaya cinta aku padanya betol2 ikhlas .
aku risau..aku tak0t...
Jika kekasih aku menganggap aku seperti dikalangan orang2 yang dia tidak percaya..
Aku seorang wanita yang cukup susah hendak membuatkan kekasih hatikuu senantisaaa gembira...
Aku harap kekasih aku kenal siapa diri aku sebenarnya''
Amat susah orang sekeliling aku untuk mengenali siapa aku sebenarnya..
Aku memang sama sprti wanita lain
Tetapi hati dalaman aku beza
Perangai aku berbeza
Walaupun orang sekeliling aku menganggap aku seperti orang biasa sahaja..
Aku cinta yang Esa kerana dia telah pertemukan aku bersma seorang jejaka idaman aku selama ini..
Aku janji walau apa pun yang terjadi..
Aq masih dan tetap akan sayang kekasih aku sehingga tertutup mataku untuk melihat bumi ini..
Aku teringin melihat dan juga merasa kebahagiaan aku bersama dengannya..
Dan cinta aku ini diibaratkan cinta yang sehidup sematii...
Ya Allah...
Kau satu kan lah jiwa ragaaku,,hati aku dengannya iaitu kekasih aku agar cinta kami kekal selama-lamanya..
Kau senantiasa lah bukakan pintu hatinya untuk aku..
Aku mencintainya sebagaimana aku cinta padamu n keluarga kuu...

Friday, January 14, 2011

Menjaga Kekasihkuu..♥





Wahai para pemuja cinta,

Apakah engkau memuja kekasihmu seperti barang kemudian mencampakkannya ketika tlah bosan?
Apakah engkau menjaganya ketika masih utuh, kemudian ketika usang kau tinggalkan?
Sungguh aku merasa malu , jika sebagai raong sepertimu
Aku menjaga dan mencintai kekasihku seperti aku mencintai semua mimpi-mimpi indah ketika aku tertidur,
            Aku menjaga kekasihku, seperti menjaga diriku agar tetap hidup
            Dan aku merindukannya, seperti aku merindukan seorang bidadari yang tak pernah aku lihat wajahnya

            Sungguh aku teramat mencintai dirinya

Manja Kekasih kuu ...




Bila mata kita bertemu 
dunia kita yang punya 
terasa lidah kelu berkata 
namun bisikan hati menggamit rasa 
meluahkan sayang melimpah ruah 
seakan tiada esok menanti 

Pancaran rindu membaja kasih 
mentari garang nyaman terasa 
kicauan camar nyaman terasa 
angin berpuput membelai debar 
indah alam secantik dikau 
dek kehangatan cintamu 
aku rela tersungkur 

Bicaramu tersusun indah 
kupasti akan terpesona 
manja suaramu memukau kalbu 
menguat lagi degup jantungku 
kelembutanmu menyejukkan hati 
kehalusan pekertimu mengangkat maruah 
Dikau istimewa kekasih sejati 
karisma unggul ada padamu 
dan pastilah aku bertuah 
berjaya merampasmu dari rebutan 
memiliki hatimu satu keajaiban 

Kekasihku 
kaulah insan yang menginsafkan diriku 
aku dahulu lupa asalku 
namun tatkala ku terkapai 
kau hadir dalam hidupku 
membawa sinar menerangi kegelapan 
menukar musim ke wajah baru 
membuang gelita hatiku 
kepunahan terubat jua 

Percayalah kekasihku 
walaupun kau jauh beribu batu 
akan ku tetap setia menantimu 
jika diizinkan tuhan 
kita pasti akan bersama akhirnya...amin 
Jangan hancurkan cinta yang kita bina bersama