WELCOME .!



Sunday, August 28, 2011

Betapa Getirnya Sebuah Penghijrahan ..

Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan . Seharusnya , seseorang yang ingin membetulkan kesilapan dibantu dan diberikan kekuatan , bukan merobohkan cita-cita yang baru hendak teguh itu .
Teruskanlah niat dan tekad untuk berubah . Jangan fikirkan kata-kata orang kepada kita , tetapi fikirkan apa kata Allah kepada kita .
Carilah teman yang baik agamanya untuk kekal berubah . Teman yang soleh mendorong ke taman syurga , sementara teman yang fasiq menjerumuskan ke gaung neraka . Teman yang baik akan membantu , manakala teman yang buruk menambahkan buntu .  Jadikanlah orang-orang soleh itu sebagai teman paling akrab yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada kebaikan dan menegur kita andai melakukan kesilapan . Mereka jugalah yang sekali gus akan berperanan dalam menetapkan hati kita di jalan kebenaran .
Kita juga haruslah yakin pada diri kita mampu menjadi seorang hamba Allah yang baik . Seseorang yang bertakwa akan memelihara hak-hak Allah , dan Allah jualah yang akan mempertahankan kemuliaan dan hak dirinya kelak .
Jika ingin berubah , berusahalah dalami ilmu agama . Ilmu agama adalah tunjang dalam kehidupan Muslim . Agama mengajar kita menjadi individu yang baik dan berperibadi cemerlang . 
Doa adalah senjata orang Mukmin . Berdoalah kepada Allah untuk terus diberikan kekuatan agar cekal berubah kepada kebaikan . Mohonlah kepada Allah supaya perubahan yang dilakukan itu kekal sehingga ke akhir hayat .
Perubahan kita ke arah kebaikan kelak akan disenangi oleh mereka di sekeliling kita , malahan makhluk di langit juga . Bersangka baiklah kepada Allah , nescaya Allah akan mengurniakan kebaikan kepada kita . Insyaallah ..

Bimbinglah Aku


Ya Allah , bimbinglah hamba-Mu ke jalan yang lurus
      Manusia secara dasarnya dibekalkan dengan dorongan untuk mencari perkara yang diperlukan . Namun melalui naluri semata-mata tidak membolehkan manusia mencapai sesuatu yang tidak mampu dilihatnya . Justeru manusia memerlukan bimbingan Allah , agar tidak tersilap lantaran terlalu bergantung pada akal dan naluri semata-mata .
      Sentiasalah berdoa agar dapat mengharungi kehidupan seharian dengan harta dan rezeki yang diusahakan dari sumber yang halal , ilmu yang dicari secara ikhlas , kesihatan yang dijaga sebaiknya , dan lain-lain . Semuanya menyumbang dalam bentuk sebuah pakej yang sempurna ke arah kesempurnaan perjalanan dan melancarkannya .

Cantik Dipandang Mata


Surah al-Araf ayat 26
''Wahai anak Adam ! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) menutup aurat kamu , dan pakaian perhiasan , dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya . Yang demikian itu , adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah dan (rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya dan bersyukur. ''
Terutama pada wanita . Wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri .
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku .

Doa Dipohon Ada Waktunya


Waktu-waktu yang dianjurkan berdoa :
Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh .
Selepas setiap solat fardu lima waktu .
 Antara solat zuhur , asar dan maghrib .
 Antara azan , iqamat dan selepasnya .
 Ketika bangun tidur .
 Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam .
 Ketika hendak masuk dan keluar masjid .
 Antara takbir solat hari raya .
 Dalam khutbah Jumaat , khutbah hari raya dan khutbah nikah .
 Ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi .
 Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting .
 Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain .
 Tipa-tiap kali mengadakan upacara dan majlis yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran .
 Ketika ditimpa kesulitan , gundah-gulana dan rasa gelisah .
 Ketika berjumpa sanak saudara dan sahabt handai yang lama berpisah .
 Ketika hujan turun .
 Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya .
 Sepanjang malam , terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur .
 Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk .
 Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir .

Dunia vs Akhirat


Surah Hud ayat 61
''Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi , serta menghendaki kamu memakmurkannya .''
Islam menitikberatkan persoalan akhirat dan akhirat adalah tempat yang paling utama dalam meraih keredaan Allah s.w.t.
Dunialah menjadi tempat kita menyuburkan segala modal dan menggandakan usaha agar meraih keuntungan besar diakhirat kelak .
Para ulama menyebutkan ''Dunia itu ialah tempat bercucuk tanam bagi syurga untuk mendapat hasil diakhirat. ''
Zuhud yang sebenar adalah dengan mengimarahkan dunia , namun tidaklah sampai ke tahap dunia menguasai kita .

Kesucian Hati


Biar sedikit yang kita buat tetapi ikhlas , daripada banyak yang kita buat tetapi kesah .
''Janganlah kamu prihatin kepada amalan yang sedikit , tetapi yang harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah . ''
Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan dan tidak menyebarkan amalan kebaikannya sebagaimana dia suka menyimpan keaibannya .

Lindungilah Dan Peliharalah Mutiara


Surah al-An'am ayat 162
''Katakanlah , sesungguhnya solatku , ibadatku , hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam''


Setiap amalan yang disulami dengan keikhlasan akan membuatkan jiwa pengamalnya menjadi tenang , tenteram serta hatinya tidak terkesan dengan pujian dan cacian manusia .
Tanpa keikhlasan , ibadah yang dilakukan seseorang itu hanya diibaratkan debu-debu yang berterbangan yang tidak memiliki erti sedikitpun di sisi Allah s.w.t. sungguhpun ibadatnya mencapai ribuan tahun .


''Ya Allah , jadikanlah agama kami agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam kami sebagaimana Islam Muslimin , iman kami sebagaimana iman Mukmin , solat kami sebagaimana solat orang yang khusyuk , amalan kami sebagaimana amalan orang yang soleh , niat kami sebagaimana niat orang yang ikhlas . Terimalah amalan kami Ya Allah ''

Percubaan Pertama



Ala...belum try apa... mesti la belum tau ,, so ,, try la .


Percubaan petama adalah satu perkara yang  menjurus ke arah kebaikan dan bakal menikmati kesan baik yang berpanjangan .


Satu kebodohan yang cukup besar untuk seorang manusia apabila dia mengulangi kesilapan orang lain yang boleh dipelajarinya .


Sebelum mencuba , fikirkan apa kesan percubaan pertama tersebut kepada minda , emosi , fizikal dan spiritual kita .

Syurga Itu Ada ..





Biar kalah , jangan salah , Percayalah , kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah .


Beringat-ingatlah , sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia , akan masuk ke neraka dalam keadaan menangis ..


Sudah lumrah dunia , huluran tangan yang ikhlas dan lembut kadang-kadang dikilas dalam diam dan dendam . Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati yang paling tajam .


Jangan kau gusar , kekalkan kejujuranmu walaupun terpaksa terkorban . Asalkan sahaja kejujuran itu diiringi satu kebijaksanaan .


Disana ada akhirat , segala topeng kepura-puraan yang selama di dunia bertakhta akan terhenyak dan mendapat pembalasan .


Apabila kecewa dengan manusia , orang ''lari'' kepada Allah  
Apabila tidak dapat meraih dunia , orang mula merindui akhirat 
Apabila terlepas kenikmatan nafsu , baru ada yang merintih syurga itu ada .


Jangan terperangkap oleh ateis dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ''mencipta'' Tuhan demi ketenangan . Manusia tidak mencipta Tuhan demi ketenangan , tetapi Tuhan mencipta manusia untuk mengingati-Nya kerana di situ ada ketenangan .


Selesaikanlah urusan kita dengan Allah , barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia . Dan sesiapa memburu akhirat , dunia akan melutut di kakinya !

Tanda Kasih-Nya


Marilah bersama kita bersyukur pada-Nya . Lengkapkan tanda kasih dengan menguatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang .Segalanya yang kita miliki dan perolehi adalah tanda kasih Allah s.w.t. kepada makhluknya yang bernama manusia walaupun seringkali manusia itu melupakan kasih-Nya .Perlu difahami bahawa setiap apa yang ada tidak dijadikan sia-sia oleh Allah s.w.t. Semua dan segalanya dinikmati oleh kita yang bernama manusia . Demi Allah , kesemuanya juga adalah percuma .Bersujudlah kepada-Nya , zahir dan batin , atas cinta dan belas kasihan sayang-Nya kepada kita yang lemah kerdil dan miskin tak berdaya ini .

Umat Akhir Zaman


Ketahuilah , keseronokan hanya di pentas dunia , sedangkan kita ingin mendakap bahagia di sana .
Bangunlah dari mimpi dan bukalah mata hati , pastikan atma kita tidak terbuai dengan ulitan tipu daya dunia yang mempersona .
Anak-anak kecil atau dewasa , tepuk-tepuklah bahu dan dada mereka . Kita ajaklah semua yang ada agar duduk kembali mengingati Allah .
Sedarlah bahawa kita umat akhir zaman .
Ujian dan cabaran bagi sesiapa yang hidup di zaman ini bukan mudah . Rasa seperti memijak duri-duri di dalam belukar , seperti bergelumang dengan lumpur yang melikat , seperti mengharung samudera yang meribut menggulung . Getir!Payah!
Menyedari hakikat itu , kita memerlukan generasi yang utuh , jitu dan perkasa . Yang bukan sekadar punya intelektual  , malah berketerampilan diri , luhur akhlaknya , tetap dan istiqamah amalannya .
Mengajak seluruh generasi yang bertauhidkan Allah agar kembali menyatu dalam satu matlamat , iaitu menegakkan khilafah . Ia sebuah warisan terbesar yang hilang dari genggaman umat Islam . Atas nawaitu itu , fahamilah bicara ringkas ini . Agar ia menjadi takafur dan doa buat ummah .
Tanpa khilafah bererti sinar rahmat yang memayungi alam akan pudar diliputi kabut kekufuran .

Usia Bukan Penghalang


Surah Ali Imran ayat 178
''Janganlah sekali-kali orang kafir itu menyangka bahawa penangguhan Kami kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan ''
Orang yang kafir itu dilapang dan dimurahkan rezeki , kesihatan dan umur yang panjang , Namun segala kurniaan Allah kepada mereka bahkan hanya akan menambah buruk nasib mereka kelak . Dosa-dosa mereka akan sentiasa bertambah dengan kurniaan itu yang akhirnya akan menyebabkan kesengsaraan kepada mereka baik di dunia mahupun akhirat .
Oleh sebab itu , ramai para ulama tidak mahu jika didoakan panjang umurnya oleh orang lain . Sebaliknya doakan agar Allah panjangkan usianya dalama ketaatan kepada-Nya . Kerana umur yang panjang adakalanya merugikan seseorang jika hidupnya hanya dihabiskan dengan perbuatan dosa dan maksiat .
Yang penting bagi kita adalah tetap beramal soleh dan sentiasa bertaubat daripada segala dosa yang kita lakukan . Sehingga ketika saat ajal kita tiba , kita sudah bersedia dengan bekal yang cukup untuk mengharungi perjalanan panjang menuju Allah .
Allah sentiasa mengawasi kita dan malaikat-Nya sentiasa mencatat setiap perbuatan kita tanpa gagal . Alangkah ruginya kita jika , apabila tidak mengambil pengajaran daripada berbagai kejadian yang terjadi di masa lampau .
Maka sayangilah diri sendiri dengan mengumpul sebanyak-banyak kebaikan , menjaga waktu dan darjat yang tinggi selagi ada usia .
Bertekadlah untuk mengisi hari-hari yang mendatang dengan berbagai-bagai amal soleh . Jagalah ibadah wajib , banyakkan ibadah sunat , sentiasalah mengingati Allah , tinggalkanlah dosa dan maksiat , lakukan kebaikan dan bertawakallah kepada Allah dalam setiap urusan . Insyaallah , hidup kita akan sentiasa dalam keredaan-Nya .

Sunday, August 21, 2011

Bercinta Dengan Ikhlas

Kita diwajibkan mempunya perasaan cinta dengan ilmu , kita diwaijbkan into dengan ilmu , kita diwajibkan bercinta dengan ilmu . Tidak boleh tidak , kita diwajibkan menerima jodoh dengan ilmu .




Apabila kita berkumpul dan berbicara tentang cinta , pasti kita akan mendengar dengan penuh minat . Bukan kerana kita sedang bercinta dengan seseorang , tetapi perasaan itu memang ada di setiap hati insan . Tinggal lagi belum diluahkan kepada sesiapa .


CINTA SUCI YANG TULUS
'' Ilmu apa yang perlu kita terima cintanya ? Misal kata suatu hari nanti kita di takdirkan bercinta dengan seseorang . Satu pertanyaan , dari ciri apakah yang kita jatuh minat pada seseorang itu ? Rupa parasnya ? Harta kekayaannya ? Keturunannya ? Atau kebaikan dan agamanya ? ''
'' Sudah tentu jawapan yang mengikut cinta Islam iaitu kebaikan dan agamanya kerana dengan kebaikan dan agamanya itu akan membawa hidup kita lebih tenteram dam selesa . ''

DARJAT CINTA IKHLAS
'' Bercinta dengan ilmu mestilah berterusan . Usah berhenti setakat yang ada . Selagi hayat masih ada , selagi itu kasih kita berpanjangan . Kerana dengan ilmu , dengan sendirinya kita dapat melakukan ibadah yang betul sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke alam akhirat kelak .''
'' Percayalah Allah s.w.t. mengangkat darjat orang yang berilmu lebih tinggi berbanding orang yang melakukan banyak ibadah tanpa ilmu . '' 

MANFAATKAN CINTA
'' Ambil sebanyak peluang yang ada untuk bercinta dengan penuh keikhlasan agar semua ilmu yang dituntut dapat memberikan manfaat dalam kehidupan seharian kita . Usah kita sia-siakannya . ''

Islam Itu BEST .



Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang .

Istiqamah dengan Islam kerana dengannya kita akan jadi ''BEST'' .
Kita adalah yang paling ''BEST'' kerana Islam itu ''THE BEST'' .

Kehidupan

Sedari kecil dilahirkan lemah dan memerlukan perhatian daripada ibu bapa . 


Hidup manusia yang kontang , dibajai dengan iman yang disirami dengan limpahan takwa .


Manusia memerlukan cahaya ilmu seperti pohon menginginkan sinaran mentari .


Pohon insan tidak mampu hidup subur jika diselubungi mendung kejahilan .


Jika jasa manusia tidak sanggup kita khianati , mengapa nikmat Allah yang begitu banyak kita dustai ?

Masa Muda Menentukan Masa Tua

                                                                                     
Usah biarkan usia berlalu sepi begitu saja ..
''Tidaklah Allah memberikan ilmu kepada seseorang melainkan pada masa mudanya . Seluruh kebaikan dimiliki oleh para pemuda. ''
Masa muda memang baik untuk apa sahaja . Sebab minda pada saat ini masih jernih dan masih sihat . Jika seorang pemuda menginginkan ilmu , maka dia dapat meraihnya lebih mudah dibandingkan orang-orang yang sudah tua .
Tokoh-tokoh Islam yang terdahulu tidak pernah mensia-siakan satu saat pun  daripada masa mudanya .
Para remaja pada zaman Nabi sangat giat menyumbang untuk agama dan umat Islam . Tidak ada yang menyedihkan mereka selain jika terhalang daripada menyumbangkan untuk Islam .
Tetapi , remaja pada zaman kini , tidak . Sebilangan besar daripada para remaja kita sedang ketagih video game dan muzik atau tenggelam dalam kisah cinta yang menipu .
Siapa diri anda pada masa hadapan ditentukan pada hari ini . Untuk itu , gunakanlah masa muda untuk mengumpulkan bekalan sebanyak-banyaknya bagi masa tua .
''Jika hingga usia 40 tahun engkau masih belum menjadi apa-apa , maka engkau tidak akan menjadi apa-apa. ''
Wallahualam .

Wahai Umat Islam Dengarlah , Lakukanlah , Sampaikanlah kepada Umat Islam Yang Lain


Tanganilah kemungkaran dengan bijaksana ,
Usahlah kita melawannya dengan emosi yang tiada sudahnya .

Wahai Sahabat

Tanamkanlah semangat yang tinggi dan tanamlah dalam diri untuk terus mencari ilmu di mana saja kita berada . Gunakan ilmu tersebut untuk disumbangkan kepada agama Islam . Semoga niat itu mempermudahkan usaha kita . 

Renungan Untuk Diriku Yang Mudah Lupa




Ya Allah , lapangkanlah dadaku ikhlas membantu sahabatku


'' Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin , maka Allah akan melepaskan satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya . Sesiapa yang memudahkan orang yang berada dalam kesulitan , maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat . Sesiapa menutup aib seseorang muslim , maka Allah akan menutup aibnya di dunia serta di akhirat . Allah 
menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya .
 Sesiapa menempuh sesuatu jalan dalam rangka mencari ilmu , 
maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga .''

Mengintai Keikhlasan

                 
                  



Bulatkan hati untuk keluar mencari ilmu , bukan mencari kesedapan atau keseronokan . 
Maka kita akan diberikan pahala orang yang berjihad .
Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidaklah sesukar mana tetapi ia perlu dipastikan bersungguh-sungguh dalam setiap amalan dan memerlukan sikap istiqamah yang tinggi . 
Tanpa kesungguhan dan istiqamah maka ikhlas itu sukar diperolehi . 
Ingatlah ikhlas itu apabila kita berbuat sesuatu amalan kerana mahukan balasan dari Allah dan bukan dari makhluk .

Ikhlas

                             


''Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat . Dan bagi setiap individu akan mendapatkan apa yang diniatkannya . Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia menuju kepada Allah dan Rasul-Nya . Dan barangsiapa yang hijrahnya menuju ke dunia kerana ingin memperolehinya , atau wanita kerana ingin dinikahinya maka dia menuju kepada apa yang dihijrahkan . ''

Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh umat Islam .
Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan , atau lafaz keikhlasan yang diucapkan .
Tetapi ikhlas itu merupakan amalan hati yang dinilai melalui niat seseorang melakukan kebaikan .

Dalam Islam , adanya niat di hati maka sesuatu perbuatan yang dilaksanakan itu boleh bertukar menjadi ibadah dan mendapat pahala . Bahkan jika ia hanya diniatkan walaupun kita terlepas melaksanakannya , ia tetap mendatangkan pahala seolah-olah kita melaksanakannya  .

Go ! We Do It . We Get It .




Nangka seulas sama bidara ,
Enak rasa si buah manggis ,
Kalah tak kecewa , gagal tak menangis ..


Anda perlu tahu minat dan kebolehan anda .
Jangan mengharap pada kawan .
Jangan mengikut kawan .
Serapat mana pun anda , pasti ada titik perbezaan ..

Aku Hanya Insan Biasa ♥



Tidak ada insan yang suka didera .
Tidak ada insan yang suka dipaksa .
Tidak ada insan yang suka dicerca .
Tidak ada insan yang suka dipersenda .


Maaf , kehadiran diriku ini membuatmu sengsara 

Bingkisan Nuraniku


Allah uji keikhlasan bila kita bersendirian ,
Allah beri kita kedewasaan bila kita ada masalah ,
Allah latih kesabaran dalam kesakitan ,
Allah tak pernah ambil yang kita sayang ,
kecuali menggantikan dengan yang lebih baik , 
Insyaallah ..

Detik Hati Ini

Aku bangun mengambil wuduk dan bersolat ,
Dalam kesejukan malam ,
Kemudian pipi aku dihangatkan dengan linangan air mata taubat ..

Saturday, August 20, 2011

Kehilangan Keikhlasan Cinta ♥



Ada yang dapat memiliki cinta dan ada yang kehilangan cinta . Jika cinta yang diharapkan tidak kesampaian , sedih dan rasa kecewa pula membelenggu perasaan .




Jangan biarkan perasaan kecewa mempengaruhi jiwa sehingga berdendam dengan mendoakan keburukan untuknya . Itu salah . Sebaliknya , kita mengadu saja kepada Allah dengan penuh keikhlasan kerana sebagai Maha Pencipta , sudah tentu Dia mendengar rintihan kita dan kita terus berdoa agar diberi semangat untuk hidup mengikut jalan-Nya .


Kalau kita berada dalam seseorang , berusahalah sebaiknya agar pergaulan tidak keterlaluan . Biarlah pergaulan itu sebagai sahabat , bukan kekasih . Kerana perhubungan di usia sebegini tidak bawa ke mana-mana andai tidak mengikut garis panduan Islam . Juga , sentiasalah berdoa kepada Allah agar pergaulan kita mengikut apa yang ditetapkan syariat dan berusahalah memahaminya .


Segalanya itu mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan . Oleh yang demikian , sebagai penawar dan ubat untuk memperolehi keikhlasan ialah mematahkan nafsu jahat .