WELCOME .!



Sunday, August 28, 2011

Usia Bukan Penghalang


Surah Ali Imran ayat 178
''Janganlah sekali-kali orang kafir itu menyangka bahawa penangguhan Kami kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan ''
Orang yang kafir itu dilapang dan dimurahkan rezeki , kesihatan dan umur yang panjang , Namun segala kurniaan Allah kepada mereka bahkan hanya akan menambah buruk nasib mereka kelak . Dosa-dosa mereka akan sentiasa bertambah dengan kurniaan itu yang akhirnya akan menyebabkan kesengsaraan kepada mereka baik di dunia mahupun akhirat .
Oleh sebab itu , ramai para ulama tidak mahu jika didoakan panjang umurnya oleh orang lain . Sebaliknya doakan agar Allah panjangkan usianya dalama ketaatan kepada-Nya . Kerana umur yang panjang adakalanya merugikan seseorang jika hidupnya hanya dihabiskan dengan perbuatan dosa dan maksiat .
Yang penting bagi kita adalah tetap beramal soleh dan sentiasa bertaubat daripada segala dosa yang kita lakukan . Sehingga ketika saat ajal kita tiba , kita sudah bersedia dengan bekal yang cukup untuk mengharungi perjalanan panjang menuju Allah .
Allah sentiasa mengawasi kita dan malaikat-Nya sentiasa mencatat setiap perbuatan kita tanpa gagal . Alangkah ruginya kita jika , apabila tidak mengambil pengajaran daripada berbagai kejadian yang terjadi di masa lampau .
Maka sayangilah diri sendiri dengan mengumpul sebanyak-banyak kebaikan , menjaga waktu dan darjat yang tinggi selagi ada usia .
Bertekadlah untuk mengisi hari-hari yang mendatang dengan berbagai-bagai amal soleh . Jagalah ibadah wajib , banyakkan ibadah sunat , sentiasalah mengingati Allah , tinggalkanlah dosa dan maksiat , lakukan kebaikan dan bertawakallah kepada Allah dalam setiap urusan . Insyaallah , hidup kita akan sentiasa dalam keredaan-Nya .

No comments:

Post a Comment