Biar kalah , jangan salah , Percayalah , kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan di sisi Allah .
Beringat-ingatlah , sesiapa yang ketawa dalam membuat dosa ketika di dunia , akan masuk ke neraka dalam keadaan menangis ..
Sudah lumrah dunia , huluran tangan yang ikhlas dan lembut kadang-kadang dikilas dalam diam dan dendam . Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati yang paling tajam .
Jangan kau gusar , kekalkan kejujuranmu walaupun terpaksa terkorban . Asalkan sahaja kejujuran itu diiringi satu kebijaksanaan .
Disana ada akhirat , segala topeng kepura-puraan yang selama di dunia bertakhta akan terhenyak dan mendapat pembalasan .
Apabila kecewa dengan manusia , orang ''lari'' kepada Allah
Apabila tidak dapat meraih dunia , orang mula merindui akhirat
Apabila terlepas kenikmatan nafsu , baru ada yang merintih syurga itu ada .
Jangan terperangkap oleh ateis dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ''mencipta'' Tuhan demi ketenangan . Manusia tidak mencipta Tuhan demi ketenangan , tetapi Tuhan mencipta manusia untuk mengingati-Nya kerana di situ ada ketenangan .
Selesaikanlah urusan kita dengan Allah , barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia . Dan sesiapa memburu akhirat , dunia akan melutut di kakinya !
No comments:
Post a Comment