Sunday, August 21, 2011
Ikhlas
''Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat . Dan bagi setiap individu akan mendapatkan apa yang diniatkannya . Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia menuju kepada Allah dan Rasul-Nya . Dan barangsiapa yang hijrahnya menuju ke dunia kerana ingin memperolehinya , atau wanita kerana ingin dinikahinya maka dia menuju kepada apa yang dihijrahkan . ''
Ikhlas merupakan suatu sikap yang sukar dicapai oleh umat Islam .
Ia bukan dihitung melalui banyaknya seseorang mengerjakan amalan , atau lafaz keikhlasan yang diucapkan .
Tetapi ikhlas itu merupakan amalan hati yang dinilai melalui niat seseorang melakukan kebaikan .
Dalam Islam , adanya niat di hati maka sesuatu perbuatan yang dilaksanakan itu boleh bertukar menjadi ibadah dan mendapat pahala . Bahkan jika ia hanya diniatkan walaupun kita terlepas melaksanakannya , ia tetap mendatangkan pahala seolah-olah kita melaksanakannya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment