WELCOME .!



Wednesday, February 23, 2011

Pegangan Hidup.

  Sesungguhnya aku adalah manusia yang lemah.aku hanya hamba di dunia ini.Tidak kira susah ataupun senang di dunia ini,aku masih tetap hamba.mengapa aku mengatakan bahawa aku ini hamba?Aku mengatakan bahawa aku ini hamba kerana aku mempunyai tuan dan juga tuhan yang 1 sahaja di dunia serta di akhirat kelak iaitu Allah SWT.
     Kita sebagai hamba,haruslah bersyukur atas nikmat apa yang telah kita rasai dan sedang kita rasai tidak kira kenikmatan itu menyakitkan atau menggembirakan.itulah namanya perjalanan hidup.Hidup ini,,tidak sesekali lari daripada masalah.jadi,kita mestilah menghadapi cabaran dan dugaan dari Allah dengan tenang.
      Allah itu Maha Adil,,ada hikmahnya jika dia menduga kita setiap masa.itu adalah sebahagian lumrah hidup kita.aku mempunyai pegangan hidup aku sendiri agar aku senantiasa mengingati Allah...
Ingat,
1 impian setinggi langit,
1 kenyataan sebesar dunia,
1 kebenaran sebesar matahari,
Ingatlah selalu,
Kita jangan terlalu kecewa dan beputus asa
jika sesuatu impian kita tidak tercapai..
Ini semua adalah takdir yang harus kita terima,
Kita hanya mampu berusaha dan berdoa sehingga akhir hayat.
ingat,
Kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka.

     Inilah pegangan hidup aku..aku sentiasa mengingati diriku hanya dengan membaca dan mengingati maksud nya agar aku tidak terpedaya..

No comments:

Post a Comment