WELCOME .!



Thursday, May 19, 2011

Bola Baling

MENJARINGKAN GOL

 Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemain lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.


Prinsip-prinsip utama

Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
d) Pemain mengikut lajak.
e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling, iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan menjunam.



1) Jaringan dari atas kepala.
Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

• Pemain bergerak satu langkah ke depan.
• Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
• Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
• Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.










2) Jaringan dari bawah lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

• Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
• Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.
• Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3) Jaringan lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.



Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

• Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
• Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.


Kelebihan-kelebihan yang ada pada jarringan ini adalah seperti berikut:

• Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
• Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
• Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
• Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.


3) Jaringan pada aras paha

Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

4) Jaringan sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.






5) Jaringan junam dan jaringan jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:

• Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
• Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju kawasan gol.
• Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
• Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan badan.












6) Jaringan penalti

Jaringan penalty dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

• Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
• Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
• Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan lambung (lob) untuk menjaring.
• Pemain melakukannya mengikut lajak.


7) Jaringan lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

• Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti
• Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.
• Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.






8) Jaringan voli

Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan voli adalah seperti berikut:

• Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
• Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.



Ansur maju

Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran menjaringkan gol ialah:

I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah bergerak 3 langkah ke depan. Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi pemain tangan kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali dan diakhiri dengan kaki kiri. Bagi pemain tangan kiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat jaringan dengan pergerakan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan secara perseorangan ataupun bersama-sama rakan.

No comments:

Post a Comment